Current time: 31-10-2014, 04:15 PM Hello There, Guest! (LoginRegister)

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
KENAPA IKAN TIADA LIDAH ?
23-02-2013, 08:01 PM
Post: #1
Lightbulb KENAPA IKAN TIADA LIDAH ?
Aslkm...wbt...

Suatu hari di pasar larkin...kami sekeluarga berhajat untuk membeli lauk..ttp timbul satu persoalan dari seorang anak saya yang pada saya sukar untuk saya menjawab...anak saya tanya..." Kenapa ikan ni ( merah ) tak ada lidah hah..?
Pelbagai jawapan logik saya bagi taunya tp rasa bersalah. Sesampai di rumah saya membelek buku/kitab lama dan buku2 hadis untuk mengetahuinya...sbb saya pun tak tau...akhirnya terjawablah....ikutilah ringkasan riwayat berikut.....

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Pabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi ,iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

P/s : Mahasuci Allah luasnya ilmuMu..
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
24-02-2013, 10:16 PM
Post: #2
RE: KENAPA IKAN TIADA LIDAH ?
Oh...baru saya tahu...ustaz!terima kasih!
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
28-02-2013, 09:49 PM (This post was last modified: 28-02-2013 09:50 PM by Cikgu Sheeda.)
Post: #3
RE: KENAPA IKAN TIADA LIDAH ?
[Thank you Ustaz untuk penjelasan Ikan tidak berlidah. Idea
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)