Current time: 03-09-2014, 10:03 AM Hello There, Guest! (LoginRegister)

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
22-10-2012, 07:45 AM
Post: #1
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah

İmage

BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.

Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.

"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.


Kewajaran PBS ganti PMR


KEMENTERIAN Pelajaran menjelaskan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertujuan menambah baik sistem peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan menjelang tahun 2014.

Menurut Unit Komunikasi Media kementerian, sistem pembelajaran baharu itu telah dimulakan pada tahun 2012 bagi pelajar tingkatan 1.

Sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.

Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan menggunakan Standard Prestasi.

Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi.

"Kementerian juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam'' kata kenyataan itu yang disiarkan pada laman rasmi kementerian baru-baru ini


İmage
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
30-10-2012, 07:33 PM
Post: #2
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pelaksanaan PBS tidak bebankan guru ( 29 Oktober 2012 -Utusan Melayu )

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran menjelaskan guru tidak akan berasa terbeban sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep PBS.

Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati memahami konsep dan cara melaksanakan PBS.

''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17 peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, guru juga kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif).

Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.

"Pengurusan evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan ruang yang besar adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran direkod untuk melihat pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh persekolahan'', kata kenyataan itu.

Bagi mengatasi permasalahan itu, Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) diperkenalkan.

Pendekatan itu membolehkan seorang murid memiliki sebuah FPM sahaja untuk menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran yang dipelajarinya.

FS merupakan fail menyimpan evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk setiap mata pelajaran dan digunakan sebagai rujukan piawai evidens serta disediakan mengikut tahun atau tingkatan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah.

Pada masa yang sama, kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan PBS telah dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada masalah yang dihadapi guru.

Langkah interim (bersifat sementara) yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Sistem Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

"Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September lalu dan didapati sistem tersebut setakat ini stabil serta boleh diakses," jelasnya.

Sementara itu, bagi memastikan guru Tahun 1, 2 dan 3 dan Tingkatan 1 dan 2 memahami dan boleh melaksanakan PBS sebelum 31 Disember ini, Lembaga Peperiksaan telah merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Antara perancangan tersebut termasuklah menyediakan Latihan Hands-on PBS secara in-situ kepada pejabat pendidikan daerah dan guru contoh PBS di seluruh negara. Latihan ini dijalankan mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Disember ini.

Lembaga Peperiksaan juga akan menyediakan bahan sokongan dan khidmat pementoran PBS dalam talian bertujuan membantu guru memahami dan boleh melaksanakan PBS seperti yang dihasratkan sekali gus mengurus perubahan yang berlaku dengan baik setelah memahami konsep agar mudah melaksanakan PBS nanti.


İmage
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
04-11-2012, 09:35 AM
Post: #3
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Kerajaan tambah baik PBS ( 3 Nov 2012 )



Kerajaan akan menambah baik sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) selepas Kementerian Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guru-guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan sistem tersebut masih baharu, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk diadaptasi tetapi beliau mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik.

"Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data komputer.

"Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kita akan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Khas NUTP, di sini hari ini.

Sistem PBS diperkenalkan bagi menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan.

Mula dilaksanakan pada tahun ini, usaha itu sejajar dengan langkah kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada pandangan serta cadangan guru-guru dalam usaha menambah baik PBS termasuk aspek yang dikatakan menjadi bebanan kepada tenaga pengajar.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan sambutan Hari UNESCO Malaysia dalam satu majlis berasingan di sini, Muhyiddin berkata, transformasi pendidikan yang akan dilakukan bukan sahaja bergerak seiring dengan aspirasi negara malah usaha itu juga mengambil kira cabaran dan persaingan global pada abad ke-21 ini.

Katanya, langkah kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan negara akan meletakkan Malaysia di landasan terbaik bagi bersaing dengan negara-negara yang maju. Malaysia telah mengambil langkah mengkaji semula sistem pendidikan negara mulai Oktober 2011 lalu dan telah menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025.

Pelan ini yang menyediakan kerangka transformasi pendidikan secara menyeluruh, dijangka mampu memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.


dipetik dari Utusan Online


Attached File(s) Image(s)
   
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-11-2012, 08:55 PM (This post was last modified: 08-11-2012 08:57 PM by smiles.)
Post: #4
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Makluman Terkini Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik) Tahun 1,Tahun 2 (Sekolah Rendah) dan prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 (Sekolah Menengah) bagi tahun 2012, perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.

Data SEGAK murid sekolah menengah bagi tahun 2012 mestilah direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.

Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tahun 6 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 3 bagi Sekolah Menengah.

Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
22-11-2012, 06:00 PM (This post was last modified: 22-11-2012 06:04 PM by smiles.)
Post: #5
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
TARIKH KEMASUKAN PRESTASI MURID DALAM SISTEM SPPBS

Kepada semua guru yang mengajar Tingkatan 1 khasnya:

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh kemasukan prestasi murid dalam Sistem SPPBS dilanjutkan sehingga 30 November 2012. Sebarang masalah boleh hubungi Pegawai SPPBS daerah masing-masing. Sekian terima kasih.

dipetik dari laman JPNJ


İmage
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
16-12-2012, 12:40 PM (This post was last modified: 16-12-2012 12:46 PM by smiles.)
Post: #6
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Kesulitan sistem PBS diatasi ( 10 Disember 2012 )

İmage

Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.

Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan.

Melalui sistem baharu ini, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ia bertujuan untuk menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan sejajar usaha kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.

Ia merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik, memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.

PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah iaitu contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Bagi PP pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan.

Selain itu, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum

Dipetik dari Utusan Malaysia


İmage
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-01-2013, 08:29 PM
Post: #7
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Sisipan eLab, ADaP patuhi Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( 7 Januari 2013 )


KUALA LUMPUR - Sisipan pendidikan Utusan Malaysia, eLab dan ADaP bagi edisi tahun ini akan dilengkapi dengan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mematuhi keperluan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada 2011 dan di sekolah menengah mulai tahun lalu, justeru isi kandungan baharu yang disediakan dalam sisipan pendidikan itu sesuai dijadikan bahan rujukan atau alat bantu mengajar.

Sisipan pendidikan berbahasa Inggeris e-Lab akan diterbitkan pada setiap hari Selasa bermula esok diikuti dengan ADaP sekolah rendah pada Rabu dan ADaP sekolah menengah pula pada Khamis.

Bahan P&P yang disediakan oleh guru pakar dan jurulatih utama dalam sisipan pendidikan itu, menepati keperluan guru dan pelajar khususnya calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Format bahan P&P masih dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris tetapi dipersembahkan secara lebih menarik dan berfokus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.adap.com.my.
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
18-03-2013, 06:54 PM
Post: #8
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
MAKLUMAN PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(SPPBS) TAHUN 2013 ( Dipetik daripada Laman sesawang PPDJB pada 17 Mac 2013 )

Untuk makluman tuan/puan, aplikasi SPPBS akan dibuka kepada pengguna mulai 1 Mac 2013. Sehubungan itu, tuan dipohon untuk memaklumkan kepada guru-guru yang terlibat supaya dapat memasukkan prestasi murid ke dalam SPPBS dari semasa ke semasa dan tidak menunggu di hujung tahun untuk memasukkan prestasi. Bagi data SEGAK Penggal 1 Tingkatan 1 dan 2, tarikh akhir kemasukkan prestasi adalah pada 30 Mac 2013.

Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohamed Noor Bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman di talian 0197801163.
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
04-09-2013, 08:12 PM (This post was last modified: 04-09-2013 08:13 PM by smiles.)
Post: #9
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS penuhi Falsafah Pendidikan Negara ( dipetik dari Utusan Online 4 Sept 2013 )

KETIKA ini Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sudah berjalan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Di sekolah rendah PBS kini telah dilaksanakan di tahun 1, 2 dan 3. Pada tahun hadapan PBS akan dijalankan pula di tahun 4. Di sekolah menengah, PBS bermula pada tahun 2012.

PBS bukanlah satu sistem baharu malah kalau kita masih ingat, pentaksiran inilah yang selama ini dijalankan di sekolah-sekolah. Sebagai contoh mudah kita (guru) ada memberi murid kerja rumah, kuiz, projek, soal jawab, mengisi tempat kosong dan lain-lain lagi.

PBS ketika ini merupakan penambahbaikan kepada PBSA yang terdahulu dengan mengetengahkan pentaksiran merujuk standard dan penggunaan sistem PBS (SPPBS) untuk membantu guru-guru merekod pencapaian murid secara tersusun dan berterusan.

Soalnya mengapa pula PBS dilaksanakan ketika ini adalah disebabkan ia seiring dengan program transformasi kerajaan untuk menghasilkan modal insan bertaraf dunia.

PBS yang dibincangkan kini bukanlah isu walaupun ramai dalam kalangan guru yang tidak berapa suka dengan menganggap PBS ini membebankan malah telah meluahkan reaksi mereka melalui pelbagai medium.

Reaksi ini memang dijangka berpunca daripada ketidakfahaman mereka. Apabila sudah difahami, kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan walaupun sedikit memenatkan.

Sememangnya saya bersimpati dengan perkara ini tetapi ini adalah dasar kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan perkara ini dengan niat yang baik setelah sekian lama pendidikan terabai daripada murid dan para pelajar.

Sebenarnya PBS ini dilaksanakan bagi tujuan pertama untuk meningkatkan pencapaian pelajar, kedua memperbaiki kelemahan atau masalah murid dalam pembelajaran, ketiga meningkatkan keyakinan kepada murid untuk belajar dan keempat untuk tujuan mengubahsuai strategi pengajaran.

Selama ini mereka dipadatkan dengan keampuhan peperiksaan yang meletakkan mereka tersasar daripada landasan sebenarnya.

Peperiksaan bererti mengutamakan keupayaan akademik dan hanya menilai aspek kognitif sahaja lantaran itu aspek yang bukan akademik tercicir dan terabai dek mengejar kualiti dan kuantiti 100 peratus.

Hal ini mengakibatkan lahirnya insan-insan yang tidak seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menonjol dalam akademik, lemah dalam aspek rohani dan jasmani, kemahiran sosial dan nilai-nilai murni yang lain.

   

Tidak dinafikan sebelum PBS ini dilaksanakan semua guru yang terlibat telah mendapat maklumat mengenainya tetapi sebelum maklumat ini sampai ke sekolah telah berlaku ketirisan maklumat. Akibatnya ada maklumat yang tertinggal dan ada maklumat yang sukar difahami malah mungkin disalah tafsir.

Guru-guru di bilik darjah akan menjadi tidak begitu faham sedangkan merekalah yang melaksanakan semua ini.Pada saya, guru tidak wajar dipersalahkan namun kita adalah penggerak di peringkat akar umbi - mahu atau tidak kita kena cepat belajar dan memahami mengapa PBS ini hendak dilaksanakan di sekolah-sekolah.

PBS adalah untuk insan-insan bakal pemimpin pada masa akan datang. Melahirkan insan yang cemerlang, berketerampilan, mempunyai akhlak dan jati diri terpuji dalam pelbagai bidang sememangnya tugas manusia bernama guru.

Kita tidak mahu yang pekak hanya membakar meriam, yang kurap hanya memikul buluh, yang buta hanya bertongkat.

Setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan tetapi semua itu adalah cabaran yang memberi kekuatan, keazaman, ruang dan peluang. Untuk mendapatkan semua itu PBS adalah jawapannya!
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
15-10-2013, 09:45 AM
Post: #10
RE: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
TARIKH TUTUP KEMASUKAN PRESTASI MURID KE SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(SPPBS) TAHUN 2013


Pengetua dan Guru Besar
Semua Sekolah Kerajaan dan Swasta
Daerah Johor Bahru


Tuan,


TARIKH TUTUP KEMASUKAN PRESTASI MURID KE SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(SPPBS) TAHUN 2013


Dengan segala hormatnya surat Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) bertarikh 2 Oktober adalah dirujuk.


2. Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke dalam SPPBS bagi tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013(Ahad).


3. Sehubungan dengan itu, tuan dipohon untuk memastikan semua guru yang terlibat agar dapat menyelesaikan kemasukan prestasi akademik dan non-akademik murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dapat dilaksanakan sebelum tarikh berkenaan.


4. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan tidak akan melanjutkan lagi tarikh tutup berkenaan memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan proses naik kelas bagi murid-murid berkenaan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM).


5. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan. sila hubungi atau En. Mohamed Noor bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman di talian 0197801163.
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)