Forum Rasmi SMK Tasek Utara 2
KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - Printable Version

+- Forum Rasmi SMK Tasek Utara 2 (http://forum.tasekutara2jb.com)
+-- Forum: Kurikulum (/forumdisplay.php?fid=3)
+--- Forum: Geografi (/forumdisplay.php?fid=18)
+--- Thread: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 (/showthread.php?tid=243)



KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 12-02-2013 01:03 PM

Kepada semua calon PMR 2013 :

Tajuk tugasan untuk mata pelajaran Geografi tahun 2013 adalah seperti berikut. Calon-calon PMR perlu telitikan kedua-dua tugasan tersebut dan memilih salah satu daripadanya. Pilih yang sesuai dengan keadaan sekeliling anda!


TUGASAN 1:PENGANGKUTAN AWAM

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:

•Konsep pengangkutan awam
•Jenis-jenis pengangkutan awam
•Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
•Masalah perkembangan pengangkutan awam
•Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam
•Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


ATAU

TUGASAN 2:KEGIATAN PENTERNAKAN

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kegiatan penternakan di kawasan tempattinggal anda atau kawasan kajian.Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:

•Konsep dan jenis kegiatan penternakan
•Kepentingan kegiatan penternakan
•Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan
•Kesan negatif kegiatan penternakan
•Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan
•Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.


İmage


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - nur jeha - 10-03-2013 04:36 PM

bila cikgu nak kerja kursus ni?

bila cikgu nak kerja kursus ni?


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 10-03-2013 05:19 PM

Dear Jeha,

Sebelum cuti cikgu akan terangkan dan kamu semua perlu menyiapkannya dalam bulan Mei .
Sudah mengenalpasti mana tajuk yang akan dipilih?


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - amelia ramli - 15-03-2013 03:21 PM

cikgu tajuk nie ssh nk cri laaa ... Smile


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 15-03-2013 09:05 PM

Hi! Amelia,

Apa khabar jauh di sana? Bagaimana dengan sekolah baharu anda di Pahang?
Terima kasih masih ingat forum sekolah LAMA anda jauh di sini!
Amelia , anda boleh dapatkan tajuk tugasan mata pelajaran Geografi atau Sejarah dari laman Lembaga Peperiksaan Malaysia, tidak susah....

Amelia sudah mula buatkan folio geografi dan sejarah anda ?


[attachment=413]


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 22-03-2013 08:15 PM

Kepada Semua Pelajar Tingkatan 3 sekalian, khasnya 3 Hibiscus:

Ingat kerja masa cuti anda selain daripada siapkan lembaran kerja berkaitan dengan sumber, anda perlu carikan takrifan mengenai Pengangkutan Awam , jenis-jenisnya dan ambil gambar yang sesuai .Jika boleh ambil gambar di Terminal bas Larkin.
Cikgu akan membantu anda di sudut ini!

Selamat bercuti dan menyiapkan kerja rumah !


[attachment=474]


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 28-03-2013 09:30 AM

Apa khabar semua pelajar ,

[attachment=508]

Kerja masa cuti dah siap? Cuti tinggal 4 hari lagi.
Kerja kursus Geografi sudah lengkap sehingga bahagian mana?
Gambar-gambar pengangkutan awam dah ambil?



* Peringatan kepada semua,
Jangan buat temu bual dengan orang awam terlebih dahulu; sebab surat kebenaran belum dikeluarkan lagi bersama borang soal- selidik. Harap maklum! *



RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 12-05-2013 11:20 AM

Kepada semua pelajar 3 H dan 3 O,

Sila serahkan kerja kursus Geografi anda sebelum 16 Mei 2013 untuk semakan kali pertama, sekiranya terdapat kekurangan cikgu akan pulangkan untuk penambahbaikan .

Ingat, hantar segera!


Jangan bagi alasan seperti ini,....Ya!

[attachment=792]


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 17-05-2013 07:40 PM

Pelajar kelas 3 H,

Setakat ini ( Jumaat jam 12: 20 tgh ) hanya 10 orang pelajar yang hantarkan kerja kursus kepada saya. Mana yang lain ?

Janji kamu tidak ditepati ?
Semua akan dipotong markah.....nanti ?


[attachment=830]


RE: KERJA KURSUS PMR TAHUN 2013 - smiles - 28-05-2013 07:54 AM

Terima kasih kepada 30 orang pelajar yang telah hantar kerja kursus Geografi anda pada saat-saat yang akhir itu.

Masih terdapat SEORANG yang belum serahkan tugasannya kepada cikgu. SIAPA dia ?

Sedihnya diumumkan bahawa untuk semakan kali pertama ini, tidak ada seorang pelajar yang mendapat markah penuh. Masih terdapat ruang-ruang untuk penambahbaikan. Sila jumpa cikgu segera selepas cuti .


[attachment=907]