Forum Rasmi SMK Tasek Utara 2
Aktiviti MBMMBI 2012 - Citra Bahasa - Printable Version

+- Forum Rasmi SMK Tasek Utara 2 (http://forum.tasekutara2jb.com)
+-- Forum: Kurikulum (/forumdisplay.php?fid=3)
+--- Forum: Bahasa Melayu (/forumdisplay.php?fid=4)
+--- Thread: Aktiviti MBMMBI 2012 - Citra Bahasa (/showthread.php?tid=24)



Aktiviti MBMMBI 2012 - Citra Bahasa - Webmaster - 18-01-2012 06:40 PM

SIMPULAN BAHASA(ERTI & AYAT CONTOH)

1.Abang angkat erti: Lelaki yang lebih tua dan tidak mempunyai pertalian kerluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri.
Ayat contoh: Lina yang tidak mempunyai abang kandung menganggap Halim sebagai abang angkat.

2.Abu Jahal : erti: Orang yang selalu menentang ikhtiar yang baik.
Ayat contoh: Abdul digelar Abu Jahal kerana dia selalu membantah cadangan-cadangan yang dikemukakan.

3.Abu Nawas: erti: Orang yang bijak mencari helah.
Ayat contoh: Awak ini tidak ubah seperti Abu Nawas, ada sahaja helahnya.

4.Ada angin : erti : Perangai yang tidak menentu.
Ayat contoh: Jangan dilayan sangat Ali, dia itu ada angin.

5.Ada bakat: erti :Mempunyai keupayaan semulajadi dalam sesuatu bidang.
Ayat contoh: Siva memang ada bakat dalam bidang lukisan.

6.Ada gaya : erti: Ada kemampuan atau kebolehan untuk menandingi seseorang.
Ayat contoh: Dia memang ada gaya untuk berlagak seperti P.Ramlee.

7. Ada hajat: erti : mempunyai niat.
Ayat contoh: Janganlah ketika ada hajat sahaja baru hendak kunjung-mengunjungantara jiran tetangga.
8. Ada hati: erti : mempunyai perasaan ingin memiliki sesuatu.
Ayat contoh: Ramu ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri tetapi tidak ada modal yang cukup.

9.Ada jalan: erti: cara untuk melakukan sesuatu.
Ayat contoh: Ahmad ada jalan untuk menjelaskan hutangnya yang banyak.

10. Air muka: erti: wajah seseorang.
Ayat contoh: Air muka Lina berseri-seri setelah membaca surat daripada tunangnya.

11. Ajak-ajak ayam: erti ajakan yang tidak bersungguh-sungguh.
Ayat contoh: Aminah menolak pelawaan Karim kerana dia tahu Karim hanya ajak-ajak ayam sahaja.

12.Akal kancil erti: orang yang pandai menipu.
Ayat contoh: Dengan akal kancilnya, dia dapat melepaskan diri daripada keadaan yang rumit itu.

13. Alas cakap: erti: Kata pendahuluan sebelum memulakan perbincangan.
Ayat contoh: Pengerusi majlis mengambil masa untuk beralas cakap sebelum memulakan mesyuarat.

14. Alas dulang: erti: wang hadiah@saguhati
Ayat contoh: Berilah Atan alas dulang yang setimpal kerana dia telah bersusah payah mencari ubat penawar itu.

15. Alas perut: erti: makan sedikit menghilangkan lapar.
Ayat contoh: Oleh kerana sudah terlewat, Amin hanya minum kopi sebagai alas perut.

16. Alim-alim kucing: erti: pura-pura baik.
Ayat contoh: Jangan percaya sangat kata-kata Si Daud, dia hanya alim-alim kucing sahaja.
17. Ambil angin : erti: Bersiar-siar atau berjalan-jalan untuk melapangkan fikiran.
Ayat contoh: Setelah penat bekerja dia pergi ambil angin di tepi pantai.

18. Ambil berat: erti: mengambil perhatian.
Ayat contoh: Ibu bapa Minah sangat ambil berat tentang pelajarannya.

19. Ambil hati : erti: rasa kecil hati
Ayat contoh: Jangan ambil hati dengan kata-kata amran itu anggaplah ia sebagai nasihat.

20. Ambil masa : erti : memerlukan masa.
Ayat contoh: Untuk menghasilkan kerja yang sempurna anda harus ambil masa.

21.Ambil mudah : erti: menganggap mudah atau senang.
Ayat contoh: Dia ambil mudah sahaja tentang peperiksaan yang kian hampir.

22. Anak angkat: erti: anak orang lain.
Ayat contoh: Pak Halim mengambil seorang anak angkat kerana dia tidak mempunyai anak.

23. Anak bapak erti: anak kesayangan.
Ayat contoh: Sebagai anak bapak, segala yang diminta akan ditunaikan.

24. Anak buah: erti: anak saudara atau dibawah tanggungjawab.
Ayat contoh: Ketua Kampung itu telah menasihati anak buahnya supaya berwaspada terhadap bahaya dadah.

25. Anak buangan: erti anak yang diusir keluarga.
Ayat contoh: Amran anak buangan Pak Ali telah kembali ke kampong untuk meminta maaf.

26.Anak dayung: erti: orang yang mendayung perahu.
Ayat contoh: Pembinaan jambatan tersebut akan menjejaskan pendapatan anak dayung di situ.
27. Anak emas : erti: anak kesayangan
Ayat contoh: Segala kemahuannya dipenuhi kerana dia anak emas keluarga.

28. Anak gahara: erti: Putera raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan.
Ayat contoh: Putera Ahmad , anak gahara kepada Sultan Ibrahim amat mengambil berat tentang masalah pentadbiran negeri yang bakal diwarisinya.

29. Anak pungut: erti: anak yang diambil menjadi anak sendiri.
Ayat contoh: Walaupun dia hanya anak pungut, dia telah diberi kasih saying yang sepenuhnya.

30. Anak wayang: erti: pelakon bangsawan, filem.
Ayat contoh: Bagi seorang anak wayang yang jati seperti bayaran bukanlah perkara yang penting.

31. Angin-angin: erti: khabar yang belum sah.
Ayat contoh: Ada angin-angin yang mengatakan bahawa Pak Kassim akan dilantik sebagai ketua kampong tidak lama lagi.

32. Angkat alis: erti: menunjukkan hairan.
Ayat contoh: Sarah mengangkat alis apabila mendengar khabar angin itu.

33. Angkat bahu: erti: menyatakan tidak tahu.
Ayat contoh: Zulkifli hanya angkat bahu bila ditanya oleh cikgu tentang cita-citanya.

34.Angkat bakul : erti: suka memuji diri sendiri.
Ayat contoh: Sally suka angkat bakul dan mengheboh-hebohkan kelebihan dirinya.
35.Angkat kaki: erti: melarikan diri atau meninggalkan majlis.
Ayat contoh: Malik terus angkat kaki meninggalkan tempat itu kerana tidak tahan dengan sindiran rakannya.

36.Angkat mata: erti: berani melawan
Ayat contoh: Budak nakal itu berani angkat mata apabila dimarah oleh gurunya.

37. Angkat suara: erti: meninggikan suara
Ayat contoh: Jurulatih itu angkat suara kerana marah melihat corak permainan pemainnya.

38.Angkat sumpah: erti : bersumpah
Ayat contoh: Duta baru Malaysia ke Singapura telah angkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong.
38. Angkat tangan: erti : mengaku kalah
Ayat contoh: Dia terpaksa angkat tangan apabila tidak berdaya melawan musuh.
39. Asam garam: erti: pengalaman hidup
Ayat contoh: Pak Omar yang berumur lapan puluh tahun itu telah merasa asam garam hidup.

40. Atas pagar: erti : berkecuali atau tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ayat contoh: Sebagai Ketua Kampung, dia mesti bersikap atas pagar semasa menyelesaikan masalah penduduk kampong.

41. Ayam tambatan: erti: orang harapan pasukan.
Ayat contoh: Dia satu-satunya ayam tambatan pasukan bola sepak sekolah kami.

42.Bahasa halus: erti: bahasa lembut untuk menjaga perasaan orang lain.
Ayat contoh: Gunakanlah bahasa halus semasa berbual dengan orang lebih tua.
43. Bahasa kesat: erti: bahasa kasar yang boleh menyakiti hati orang lain.
Ayat contoh: Elakkan daripada mengguna bahasa kesat sewaktu bertutur dengan anak.
44. Bangkai bernyawa: erti: orang yang tidak berguna.
Ayat contoh: Tidak seorang pun adik-beradik Mila sanggup menanggungnya yang dianggap bangkai bernyawa kerana kemalasannya.

45. Banyak akal: erti: banyak muslihat
Ayat contoh: Orang yang banyak akal selalunya tidak dipercayai.

46. Banyak lemak: erti: kelakuan yang berlebihan.
Ayat contoh:Kanak-kanak yang banyak lemak susah hendak ditunjuk ajar bila sudah dewasa nanti.
47. Banyak mulut: erti: suka berleter atau bercakap banyak.
Ayat contoh: Ramlah tidak sanggup duduk serumah dengan Lela kerana dia banyak mulut.

48. Banyak tangan: erti: ramai orang yang terlibat dalam menguruskan sesuatu hal.
Ayat contoh: Banyak masalah akan timbul jikalau terlalu banyak tangan terlibat dalam projek ini.

49. Bapa angkat: orang yang dianggap seperti bapa kandung.
Ayat contoh: Disebabkan berjauhan dengan keluarga, Hashim menganggap Pak Abu bapa angkatnya.

50. Barang kemas: erti : barang perhiasan wanita yang mahal.
Ayat contoh: Semua barang kemas hendaklah disimpan di dalam peti besi.

51. Batu api: erti: orang yang suka menghasut.
Ayat contoh: : Dalam pergaduhan itu, Ramlan menjadi batu api yang melaga-lagakan rakannya.

52. Batu loncatan: erti: orang yang menjadi alat mendapat sesuatu.
Ayat contoh: Malik sangat marah bila dia menyedari bahawa Abu telah menggunakannya sebagai batu loncatan untuk dapatkan kontrak.
53. Bau-bau bacang: erti: hubungan saudara jauh.
Ayat contoh: Hubungan saya dan Kiah memang ada bau-bau bacang kerana datuknya sepupu datuk saya.

54. Bawa bersemuka: erti: mempertemukan dua pihak atau lebih yang berselisih faham untuk mencari penyelesaian.
Ayat contoh: Jika kamu hendak kepastian, elok kita bawa bersemuka dengan ketua kampong.
55. Bawa berunding: erti: Diajak berbincang.
Ayat contoh: Lebih baik masalah tersebut dibawa berunding supaya dapat diselesaikan dengan segera.

56. Bawa diri: erti: melarikan diri
Ayat contoh: Pak Hitam merajuk dengan sikap anak-anaknya lalu membawa diri ke Pahang.

57.Bawa hati: erti: merasa kecewa.
Ayat contoh: Ali membawa hati setelah lamarannya ditolak oleh Siti.

58.Bawa ke tengah: erti: bawa ke muka pengadilan.
Ayat contoh: Pak Ramli hendak bawa ke tengah kes kemalangannya ke mahkamah.

60.Bawa nasib: erti: pergi mencari rezeki atau pekerjaan.
Ayat contoh: Setelah perniagaannya gagal dia membawa nasib ke tempat lain.

61. Bawah angin: erti: Negara yang terletak sebelah timur,
Ayat contoh: Pemandangan semula jadi di negara bawah angin seperti Jepun dan Taiwan telah menarik ramai pelancong.

62. Bawah umur: erti: belum dewasa atau tidak cukup umur.
Ayat contoh: Mereka yang di bawah umur tidak dibenarkan membeli rokok.
63. Bekas tangan : erti: bekas pukulan
Ayat contoh: Semenjak terasa bekas tangan cikgu Samad, Amin tidak berani ponteng sekolah lagi.

64.Bendera setengah tiang: erti:Tanda berdukacita
Ayat contoh: Berikutan dengan kemangkatan sultan, bendera setengah tiang telah dikibarkan.

65.Bengkak hati: erti: Sebal hati atau kecewa
Ayat contoh: Dia bengkak hati kerana permohonannya ditolak.

66.Berani lalat: erti: Berani dibelakang lawan (takut bila berhadapan)
Ayat contoh: Dia hanya berani lalat sahaja. Bila berjumpa dengan si Kassim nanti, sepatah kata pun tidak akan keluar daripada mulutnya.

67.Berani mati:erti: Tidak takut mati
Ayat contoh: Tiga anggota pasukan berani mati itu menyerang kubu musuh pada waktu malam.

68.Berat badan: erti: Mengandung atau hamil
Ayat contoh: Puan Siti yang berat badan tidak dapat menyertai ekspidisi tersebut.

69.Berat hati : erti: Tidak sampai hati
Ayat contoh: Lina berasa berat hati hendak meninggalkan ibunya seorang diri di kampung.

70.Berat kepala: erti: Susah memahami pelajaran atau sesuatu perkara.
Ayat contoh : Berat kepala Linggam sewaktu Cikgu Laila mengajar teori muzik.

71.Berat mata: erti: Mengantuk
Ayat contoh: Berat matanya setelah semalaman tidak tidur.

72.Berat mulut: erti: Orang yang tidak suka bercakap banyak.
Ayat contoh: Ali yang memang berat mulut sangat sukar diajak berbual.

73. Berat sebelah : erti: Tidak member layanan yang sama.
Ayat contoh: Carilah pengadil yang tidak berat sebelah supaya perlawanan dikendalikan secara adil.

74. Berat tulang : erti : Malas
Ayat contoh : Pekerja yang berat tulang itu telah diberhentikan kerja.

75.Berbulan madu : erti : Pergi melancong dan bersukaria selepas berkahwin.
Ayat contoh : Mereka akan berbulan madu ke Landon seminggu selepas perkahwinan mereka.

76. Bergadai golok (Bergolok bergadai) : erti : Kehabisan harta kerana sesuatu perkara.
Ayat contoh : Dia sanggup bergadai golok untuk memulakan perniagaannya.

77.Beri muka : erti : member kebebasan atau memanjakan seseorang.
Ayat contoh : Anak yang nakal itu jangan terlalu diberi muka nanti keterlaluan pula perangainya.

78. Bermain kayu tiga : erti : Membuat sesuatu yang jahat ( berlaku curang,berdusta dll)
Ayat contoh : Sudah lama dia bermain kayu tiga tetapi baru sekarang rahasianya terbongkar.

79. Bermuka dua : erti : Tidak jujur atau menyebelahi dua pihak.
Ayat contoh : Dia memang pandai bermuka dua sebab itulah cepat naik pangkat.

80.Bertegang leher : erti : Berkelahi, tidak mahu mengaku kalah.
Ayat contoh : Dia memang suka bertegang leher walaupun jelas sekali pandangannya tidak tepat.


81.Bertikam lidah : erti : Berdebat atau bertengkar untuk membenarkan fahaman masing-masing.
Ayat contoh : Mereka sedang bertikam lidah mengenai tajuk “Ilmu pengetahuan lebih penting daripada wang

82.Besar gajah : erti : sudah dewasa.
Ayat contoh : Awie yang sudah besar gajah itu masih berkelakuan kebudak-budakan.

83.Besar hati : erti : Berasa gembira.
Ayat contoh : Dia berbesar hati kerana permohonan biasiswanya telah diluluskan.

84.Besar kepala : erti : Keras kepala atau bongkak
Ayat contoh : Budak yang besar kepala sukar ditunjuk ajar.

85.Betis belalang : erti : Betis yang lurus atau kurus dan panjang.
Ayat contoh : Tidak semua orang yang betis belalang boleh berlari jarak jauh.

86. Betul bendul : erti : Orang yang lurus.
Ayat contoh : Abu yang betul bendul sangat mudah mempercayai kata-kata orang.

87.Bidan terjun : erti : Orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan dengan tiba-tiba kerana orang yang sepatutnya membuat kerja itu tidak hadir.
Ayat contoh : Dia terpaksa menjadi bidan terjun kerana orang yang sepatutnya mempengerusikan majlis tersebut tidak hadir.

88.Bintang hati : erti : Kekasih
Ayat contoh : Dia sedang berbual-bual dengan bintang hatinya.

89.Bodoh alang : erti : Kobodoh-bodohan atau bodoh sedikit.
Yat contoh : Susah betul hendak mengajar orang yang bodoh alang seperti awak ini!

90.Bodoh sepat : erti : Nampaknya bodoh tetapi tidak.
Ayat contoh : Janganlah fikir Abu lembab orangnya. Dia hanya bodoh sepat sahaja.

91.Bongkok sabut : erti : Bongkok orang tua.
Ayat contoh : Orang tua yang bongkok sabut itu bertongkat ke mana-mana sahaja.

92. Bongkok udang : erti : Bongkok pada tengah belakang
Ayat contoh : Ali yang baru berumur dua puluh tahun sudah berbongkok udang kerana selalu mengangkat barang yang berat.

93. Buah fikiran : erti : pendapat atau pandangan
Ayat contoh : Karangan yang baik mesti mengandungi buah fikiran yang bernas.

94. Buah mulut : erti : sesuatu yang menjadi perbualan ramai.
Ayat contoh : Perbuatannya yang tidak senonoh itu telah menjadi buah mulut orang-orang kampong.

95.Buah duit : erti : Membuat sesuatu pekerjaan yang boleh mendapatkan untung yang besar.
Ayat contoh : Siapa yang rajin buat duit, cepatlah dia kaya.

96. Buat nama : erti : Menjadi masyhur.
Ayat contoh : Dia cuba buat nama dalam bidang penulisan dengan mengarang berpuluh-puluh buah novel yang bermutu.

97. Buaya darat : erti : Lelaki yang suka bertukar-tukar teman wanita.
Ayat contoh : Adnan gemar bertukar-tukar pasangan wanita hingga dia digelar buaya darat.

98. Buka mata : erti : Sedar atau ambil tahu.
Ayat contoh : Kalau hendak Berjaya kita mesti buka mata dan belajar daripada kemajuan yang dicapai di sekeliling kita.
99. Buka mulut : erti : Mengadukan hal kepada seseorang.
Ayat contoh : Oleh kerana hendak menjaga kepentingan orang-orang kampong. Tok Penghulu buka mulut mengenai hal itu.

100. Buka tembelang : erti : Mendedahkan atau menerangkan hak keburukan seseorang kepada orang lain.
Ayat contoh : Dia sungguh marah pada orang yang buka tembelang tentang perangai buruknya.

101. Buku lima : erti :Genggaman tangan, tinju atau penmbuk.
Ayat contoh : Apabila sudah terkena buku lima, barulah dia diam.Kalau tidak, dia asyik bertengkar sahaja.

102. Bulat fikiran: erti :Keputusan yang tetap.
Ayat contoh : Bulat fikirannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri walaupun tidak mendapat biasiswa.

103. Bulat hati : erti : Bersungguh-sungguh.
Ayat contoh : Dia sudah bulat hati hendak mengusahakan kebun yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya.

104.Bunga dedap: erti:Perempaun cantik tetapi tidak berbudi.
Ayat contoh : Berhati-hatilah bila berkawan dengan si A, bunga dedap itu.

105. Bunga wang : erti : Keuntungan yang diperolehi daripada pinjaman wang yang diberi.
Ayat conoh : Keuntungan sesebuah bank amat bergantung pada bunga wang yang diperolehi daripada pinjamanyang diberikan.
106. Buruk siku : erti : Mengambil semula benda yang telah diberikan kepada orang lain.
Ayat contoh: Perangainya yang buruk siku membuat orang lain tidak mahu menerima sebarang pemberiannya lagi.
107. Busuk hati : erti ; Hati yang jahat.
Ayat contoh : Kerana busuk hati, dia sanggup meracuni pokok durian jirannya.

108. Buta ayam : erti : Tidak dapat melihat dengan baik pada waktu senja.
Ayat contoh : Jangan membiarkan dia memandu pada waktu senja kerana dia buta ayam.

109. Buta hati : erti: Tiada belas kasihan atau kejam.
Ayat contoh: Awak memang buta hati kerana sanggup menganiaya adik sendiri.

110.Buta huruf : erti :Tidak pandai membaca dan menulis
Ayat contoh : Orang tua yang buta huruf itu meminta jirannya membacakan surat daripada anaknya yang berada di luar negeri.

111.Buta perut : erti : Tidak menggunakan akal fikiran.
Ayatcontoh : Sikapnya yang buta perut telah menimbulkan prasangka dan perselisihan faham.

112.Cacing kepanasan : Tidak boleh diam atau tenang.
Ayat contoh : Semenjak terlibat dengan rasuah, dia seperti cacing kepanasan kerana bimbang perbuatannya diketahui orang.

113. Cahaya mata : erti : Anak
Ayat contoh : En.Zahir telah mendapat cahaya mata yang pertama.

114.Cakap angin : erti :Cakap yang tidak berisi atau tidak betul.
Ayat contoh : Jangan percaya pada cakap angin yang tidak berasas.

115. Cakap besar : erti : Percakapan yang suka melebih-lebihkan kebolehan diri daripada keadaan sebenarnya.
Ayat contoh : Ali yang suka bercakap besar berkata kononnya dia boleh berlari lebih pantas daripada Nordin.Jadi, pelari kebangsaan kita.

116. Cakar ayam :erti : Tulisan tangan yang buruk.
Ayat contoh : Tulisannya seperti cakar ayam, sukar hendak dibaca.

117. Campur tangan : erti :Masuk campur dalam urusan orang lain.
Ayat contoh : Orang luar tidal boleh campur tangan dalam masalah keluarga Pak Samad.

118. Cangkul angin : erti : Melakukan pekerjaan atau sesuatu yang sia-sia.
Ayat contoh : Usaha Lim mengerjakan projek ternakan air tawar di kawasan itu ibarat mencangkul angin sahaja setelah berlaku banjir yang besar baru-baru ini.

119. Cari akal : erti : Mencari ikhtiar untuk mencapai sesuatu tujuan.
Ayat contoh : Dia sedang mencari akal untuk melepaskan diri daripada tuduhan itu.

120. Cari fasal : erti : Sengaja mencari alas an untuk bergaduh.
Ayat contoh : Dia memang suka mencari fasal hinggakan setiap hari dia bergaduh dengan jiran-jiranya.

121. Cepat tangan : erti : Suka mencuri
Ayat contoh : Pelajar yang cepat tangan itu telah dihukum oleh guru besar.

122. Cuci mata : erti : Melihat-lihat perempuan atau benda-benda yang cantik untuk menyenangkan hati.
Ayat contoh : Selepas penat bekerja, dia berjalan-jalan di pusat membeli-belah untuk mencuci mata.

123. Cupak pesuk : erti : Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
Ayat contoh : Dia tidak akan menceritakan sesuatu yang sulit kepada Ali yang cupak pesut itu.

124. Curi hati : erti ; Memikat hati.
Ayat contoh : Faizal cuba mencuri hati Hamisah dengan memberinya sekuntum bunga.

125. Curi masa : erti : Menggunakan masa bekerja untuk hal lain.
Ayat contoh : Pandai-pandailah curi masa untuk mempelajari bahasa Jepun sewaktu bekerja di negeri Jepun nanti.

126. Curi tulang : erti : Ponteng kerja.
Ayat contoh : Orang gaji itu selalu curi tulang bila tuannya tidak ada di rumah.

127.Dalam tangan : erti : Pasti akan dapat.
Ayat contoh : Pemain-pemain pasukan itu malas berlatih kerana menganggap kemenangan sudah ada dalam tangan.

128. Dapat angin : erti: Desas-desus
Ayat contoh : Saya dapat angin yang dia menang loteri

129. Dapat bahagian : erti : Denda dan kena pukul.
Ayat contoh : Murid-murid yang mencuri duit Cikgu Zainal telah mendapat bahagian masing-masing daripada guru besar.

130. Dapat khabar : erti : Menerima khabar atau berita
Ayat contoh : Saya mendapat khabar yang adiknya telah meninggal dunia.
131. Dapat terpijak : erti : Memperolehi sesuatu tanpa bersusah-payah.
Ayat contoh : Hadiah wang RM 1000 yang dimenangi oleh Ardi dalam pertandingan itu diperolehi secara dapat terpijak.

132. Darah daging: erti : Kaum kerabat sendiri
Ayat contoh : Tidak baik bermusuhan dengan darah daging sendiri.

133. Darah muda : erti ; Semangat atau perasaan orang muda.
Ayat contoh : “ Jangan ikut sangat darah muda kau, kelak diri sendiri yang binasa,: Pak Ali menasihati anaknya.

134. Darah putih: erti : Keturunan bangsawan
Ayat contoh : Walaupun berketurunan darah putih, dia tidak sombong dan selalu merendahkan diri.

135.Darah raja : erti : Keturunan raja-raja
Ayat contoh : Tunku yang berdarah raja tidak canggung bergaul dengan orang kebanyakan.

136.Dendam kesumat : erti : Rasa benci dan dendam yang mendalam.
Ayat contoh : Perhubungan mereka tidak berhasil kerana dendam kesumat di antara kedua-dua belah pihak keluarha mereka.

137. Diam besi : erti : Semakin hari semakin tidak cerdik.
Ayat contoh : Jikalau tidak faham, baik bertanya.Diam-diam nanti jadi diam besi.

138. Diam-diam ubi : erti : Berusaha dalam diam-diam.
Ayat contoh : Walaupun Kassim tidak banyak bercakap jangan sangka dia tidak cerdik. Dia sebenarnya diam-diam ubi.

139. Dosa kering : erti : Kesalahan yang dilakukan dengan sengaja walaupun diketahui hukumannya.
Ayat contoh : Elakkan daripada membuat dosa kering kerana ini hanya menyusahkan kita sahaja.

140.Dua sejoli : erti :Sepasang lelaki dan perempuan.
Ayat contoh : Mereka bertumpu ke ruang tengah untuk melihat dua sejoli yang sedang bersanding.
141.Dunia sudah terbalik : erti : sesuatu keadaan yang berlawanan daripada keadaan biasa atau sepatutnya.
Ayat contoh : Benarlah kata Tok Lamin, dunia sudah terbalik, ramai pemudi masa kini suka berambut pendek seperti lelaki, manakala pemuda pula berambut panjang seperti perempuan.

142. Durian runtuh : erti : Mendapat keuntungan dengan tiba-tiba.
Ayat contoh : Ali mendapat durian runtuh setelah menerima harta pusaka datuknya.

143. Ekor kuda : erti : Fesyen rambut perempuan yang diikat di belakang seperti ekor kuda.
Ayat contoh : Rambut panjang yang diikat fesyen ekor kuda membuatkan seseorang kelihatan kemas dan menarik.

144. Embun jantan : erti : Embun yang besar titiknya.
Ayat contoh : Sebelum embun jantan turun, eloklah engkau bertolak.

145.Gaji buta : erti : Gaji yang diterima tanpa bekerja.
Ayat contoh : Sejak adanya kerani yang baru, dia asyik goyang kaki dan menerima gaji buta sahaja.

146. Garam hidup : erti : mempunyai banyak pengalaman hidup.
Ayat contoh : Orang tua kita telah lama merasa garam hidup jadi kita harus menghormati pandangan mereka.
147.Gatal mulut : erti : Suka menceritakan hal keburukan orang.
Ayat contoh : Jangan gatal mulut menceritakan tentang jiran kita kepada Minah yang suka mengumpat itu.

148.Gatal tangan : erti : Gemar membuat pekerjaan yang bukan-bukan.
Ayat contoh : Jika tidak tahu hendak membaiki kereta itu, jangan gatal tangan hendak mengusiknya.

149. Gelap mata : erti : Hilang pertimbangan, mengamuk kerana terlalu marah.
Ayat contoh : Malik menjadi gelap mata bila melihat budak-budak nakal mencalarkan kereta barunya.

150.Gelora hati : erti : Perasaan hati yang bergolak.
Ayat contoh : Dia tidak dapat menahan gelora hatinya untuk bertemu dengan idamanya.

151.Gerak hati : erti : Rasa hati.
Ayat contoh : Daripada gerak hatinya, dia tahu bahawa sesuatu yang buruk telah menimpa abangnya.

152. Gila-gila bahasa : erti : Orang yang tidak sihat fikirannya.
Ayat contoh : Kita harus berhati-hati semasa bercakap dengan orang yang gila-gila bahasa.

153.Gila bayang : Jatuh cinta pada orang yang tidak membalasnya.
Ayat contoh: Semenjak terpandang wajah Salmah yang cantik itu, dia menjadi gila bayang siang dan amalm asyik teringatkan Salmah.

154.Gila isim : Seseorang yang gila keranma tersalah mengamalkan ilmu batin.
Ayat contoh : Dia kini gila isim sedikit setelah berguru dengan Pak Karto.
155. Gila judi : erti : Suka bermain judi
Ayat contoh : Kerana gila judi, habis harta bendanya tergadai.

156. Gila pangkat : erti : keinginan untuk mendapat pangkat.
Ayat contoh : Orang yang gila pangkat memang pandai mengampu.
157. Gila politik : erti : Asyik dengan kegiatan politik.
Ayat contoh : Udin yang gila politik sentiasa bercakap tentang hal-hal politik di mana sahaja dia berada.

158.Gila talak ; erti : Fikiran tidak sehat setelah bercerai (teringatkan isteri /suami)
Ayat contoh : Sejak bercerai dengan isterinya, dia menkadi gila talak.

159.Habis akal: erti : tidak tahu apa yang hendak dibuat atau difikirkan.
Ayat contoh : Dia seolah-olah habis akal apabila rancangan nya tergendala.

160.Habis modal : erti : Tidak ada idea atau bahan yang hendak dibincangkan.
Ayat contoh : Dia tidak dapat meneruskan perbincangan kerana sudah habis modal.

161.Halwa telinga : Sesuatu yang sedap didengar.
Ayat contoh : Sebagai halwa telinga, telah diperdengarkan nasyid daripada kumpulan Al.Hijar.

162. Hancur hati : erti :Terlalu sedih.
Ayat contoh : Hancur hati Ani apabila mendengar berita kematian anaknya.

163.Hanyut diri : erti : Sesat langkah
Ayat contoh : Sudah lama dia hanyut diri dengan samseng-samseng itu.Baru sekarang dia kembali kejalan yang lurus.
164. Harga diri : erti : Maruah
Ayat contoh : Bapa Ali sentiasa menasihatinya menjaga harga diri agar tidak membawa malu kepada keluarganya.

165.Hati batu : Degil,azam yang kuat
Ayat contoh : Jika tidak kerana hati batunya, saya rasa dia tidak akan Berjaya dalam perniagaanya.

166.Hati emas : erti : Baik hati
Ayat contoh : Ibu kami mempunyai hati emas. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan kami.

167. Hati perut : erti : Seseorang yang mempunyai perasaan.
Ayat contoh : Orang yang menyiksa binatang dianggap sebagai tidak berhati perut.

168. Hati tungau : erti : Penakut
Ayat contoh : Dia tidak menyangka Halim yang berbadan besar itu berhati tungau.

169. Hidung belang : lelaki yang suka menganggu perempuan.
Ayat contoh : Ella tidak suka berkawan dengan lelaki hidung belang.

170.Hidung tinggi : erti : Sifat sombong
Ayat contoh : Orang kaya yang berhidung tinggi itu tidak disukai oleh jirannya.

171. Hidup-hidup : erti : Secara terang-terang
Ayat contoh : Saya ditipunya hidup-hidup.
172. Hilang akal :erti : Tidak boleh berfikir lagi
Ayat contoh : Dia seperti orang hilang akal setelah rumahnya terbakar.

173. Hisap darah : Memeras keuntungan yang terlalu banyak.
Ayat contoh : Pak Kudin yang jujur tidak sanggup menghisap darah pelanggan-pelanggannya.

174. Hutang budi : erti : Jasa baik yang diterima dan harus dibayar balik.
Ayat contoh : Dia tidak dapat membalas hutang budi yang telah banyak diterimanya.

175. Hutang darah : erti : Tuntutan bela ke atas seseorang kerana kekejaman yang telah dilakukan.
Ayat contoh : Dia berjanji akan menyelesaikan hutang darah dengan Pak Hitam di atas kematian bapanya.

176. Hutang lapuk : erti : Hutang yang tidak berbayar.
Ayat contoh : Perniagaan Encik Tan kian merosot kerana hutang lapuk yang kian bertambah.

177.Ibu angkat : Wanita yang memelihara anak orang lain seperti anak sendiri.
Ayat contoh : Ketika menuntut di Amerika, Isma mempunyai seorang ibu angkat yang bernama Puan Brown.

178.Ibu kandung : erti : Ibu yang sebenar
Ayat contoh : Jangan derhaka kepada ibu kandung kita.Dialah yang bersusah-payah membesarkan kita.

179.Ibu keladi : erti : Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Ayat contoh : Janganlah berperangai seperti ibu keladi kerana usia sudah pun lanjut.

180.Ikan belukang : erti : lelaki yang suka memikat perempuan.
Ayat contoh : Si Azam digelar ikan belukang oleh kawan-kawannya kerana dia sangat suka memikat perempuan.

181.Ikat perut : erti : Mengurangkan makan kerana hendak berjimat.
Ayat contoh : Rahim terpaksa ikat perut untuk beberapa hari sehingga dia menerima gajinya.

182.Ikut suka : Ikut kehendak sendiri
Ayat contoh : Untuk menjayakan projek itu, kita tidak boleh mengendalikannya secara ikut suka sahaja.

183. Ikut telunjuk : erti : Mengikut arahan orang
Ayat contoh : Berapa lamakah kamu hendak ikut telunjuk orang? Cubalah berdikari dan bekerja sendiri.

184.Iri hati : Dengki
Ayat contoh: Dia berasa iri hati dengan kekayaan yang dimiliki oelh jirannya.

185.Isi hati : Perasaan.
Ayat contoh : Kamal meluahkan isi hatinya kepada ibunya kerana terlalu kecewa dengan keputusan peperiksaanya.

186.Jaga mulut : Berhati-hati dengan apa yang diucapkan.
Ayat contoh : Jaga mulut semasa bercakap supaya tidak menyinggung perasaan orang lain

187.Jalan belakang : erti : Melakukan sesuatu perkara tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Ayat contoh : Kita harus mengikut peraturan dan bukan jalan belakang dalam mengerjakan sesuatu.

188.Jalan buntu : Tidak ada kata sepakat
Ayat contoh : Perundigan perdamaian tersebut menemui jalan buntu kerana semua pihak yang terlibat enggan bertolak ansur.

189.Jalan keluar : erti : Penyelesaian sesuatu masalah
Ayat contoh : Salah seorang daripada mereka mesti mengalah untuk mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah itu.

190.Jalan tengah : erti:Keputusan yang diambil di antara dua pendapat yang berbeza.
Ayat contoh : Kita terpaksa mencari jalan tengah untuk menyelesaikan persengketaan ini.

191. Janda berhias : erti : Perempaun yang bercerai dengan suaminya atau kematian suaminya sebelum mendapat anak.
Ayat contoh : Setelah kematian suaminya, janda berhias itu kembali ke rumah ibu bapanya di Ipoh.

192. Jantung hati : erti: oaring yang sangat dikasihi.
Ayat contoh : Milah yang cantik dan berbudi bahasa itu adalah jantung hati si Dolah.

193.Jatuh hati : erti : Berasa tersinggung atau merajuk
Ayat contoh :Dia benar-benar jatuh hati dengan Sally.

194.Jauh hati : erti :Berasa tersinggung
Ayat contoh : Dia berasa jauh hati kerana tidak terpilih sebagai ketua darjah.

195. Jinak-jinak merpati : erti : Perempuan yang kelihatan ramah dan mudah dipikat tetapi sebenarnya tidak.
Ayat contoh : Dia itu hanya jinak-jinak merpati. Sampai bila pun awak tidak akan dapat memikatnya.

196. Jiwa besar : erti : Mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia.
Ayat contoh : Orang yang berjiwa besar dan sanggup berkorban akan Berjaya dalam hidup.

197. Kacang hantu : Orang yang jahat
Ayat contoh : Dia menjadi kacang hantu sejak bergaul dengan budak-budak nakal itu.

198. Kaki ayam : erti : tidak berkasut
Ayat contoh : Kaki Ali luka akibat terpijak paku kerana dia berkaki ayam ketika bermain bola di padang.

199.Kaki bangku : erti : orang yang tidak pandai bermain bola.
Ayat contoh : Dia cuba bermain walaupun dia tahu bahawa dirinya memang kaki bangku.

200.Kaki botol : erti : Orang yang suka minum arak.
Ayat contoh : Oleh sebab bapanya kaki botol, hidup keluarganya porak peranda.

201.Kecil hati : erti : Rasa tersinggung
Ayat contoh : Dia berasa kecil hati dengan sikap bapanya yang tidak memperdulikan dirinya.

202.Kepala angin : erti : Orang yang senang berubah perangainya
Ayat contoh : Susah betul hendak berkawan dengan Aril yang kepala angin itu.

203.Kepala batu : erti : Keras hati
Ayat contoh : Sia-sia sahaja menasihati orang yang kepala batu seperti dia itu.

204.Kera sumbang : erti : Orang yang tidak suka mencampuri orang ramai.
Ayat contoh : Jangan jadi seperti kera sumbang jika inginkan ramai kawan.

205.Kerang busuk : erti : Tersengih-sengih tidak menentu.
Ayat contoh : Dia digelar kerang busuk kerana sentaisa sahaja tersengih, tidak menentu sebabnya.

206.Keras hati : erti : Mencekalkan hati
Ayat contoh : Salina yang baru kematian suaminya keras hati hendak membesarkan anak-anaknya dengan daya usahanya sendiri.

207. Keras kepala : erti : Tidak amhu mengaku kalah/degil
Ayat contoh : Dahlan tidak akan mengubah keputusannya kerana dia memang keras kepala.

208.Kering darah : erti : Terperanjat atau terkejut
Ayat contoh : Kering darahnya apabila tiba-tiba terserempak dengan ular tedung di tengah jalan.

209.Kering gusi : erti :Ketawa tidak berhenti-henti
Ayat contoh : Tak kering gusinya melihat telatah pelawak itu.

210.Ketam batu : erti ; Sangat kedekut
Ayat contoh : Jangan harapkan orang yang ketam batu member sebarang derma.

211.Khabar angin : berita yang belum pasti khabarnya.
Ayat contoh : Pemimpin itu sentiasa menasihati rakyatnya supaya jangan percaya pada khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

212.Kucing bertanduk : erti : Sesuatu perkara yang tidak munkin akan berlaku.
Ayat contoh : Mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tanpa berusaha keras adalah seperti mengharapkan kucing bertanduk.

213. Kuku besi : erti : Pentadbiran yang menggunakan kekerasan.
Ayat contoh : Rakyat mahukan kerajaan yang adil, bukan kerajaan yang bersifat kuku besi.

214. Kutu embun : erti : Orang yang suka berfoya-foya tidak menentu hingga jauh malam.
Ayat contoh : Ramli, si kutu embun itu selalu tidak berada di rumah pada waktu malam dan hanya pulang pada pukul dua atau tiga pagi.

215.Kutu jalan : erti : Orang yang suka merayau-rayau di jalan tanpa tujuan.
Ayat contoh : Kutu jalan itu merayau-rayau di Bandar dari pagi hingga malam.

216.Lancang mulut : erti : Mengeluarkan perkataan yang menyakiti hati orang lain.
Ayat contoh : Kerana lancang mulutnya, si Aisyah selalu bergaduh dengan kawan-kawanya.

217.Langkah bendul : erti : Adik perempuan berkahwin dahulu daripada kakaknya.
Ayat contoh : Nora tidak mahu kahwin sebelum kakaknya kerana tidak ingin melangkah bendul.

218.Langkah kanan : erti : Kedatangan yang kena pada masnya atau bernasib baik.
Ayat contoh : Langkah kanan betul mereka melawat Angkasapuri hari itu, kerana dapar berjumpa dengan bintang-bintang pujaan mereka.

219.Langkah kiri ; erti : Kedatangan yang tidak kena pada masanya.
Ayat contoh : Jika sudah langkah kiri segala yang dilakukan tidak berhasil.

220.Langkah seribu : erti : cabut lari
Ayat contoh : Ali dan kawan-kawanya membuka langkah seribu apabila anjing garang itu menyalak.

221. Lari-lari anak : erti : Berlari perlahan-lahan
Ayat contoh : Semasa pendidikan jasmani murid-murid dikehendaki berlari-lari anak mengelilingi padang sekolah.

222. Lebai ketayap : erti ; Orang yang menyangka dirinya berpengetahuan tentang agama tetapi sebenarnya tidak.
Ayat contoh : Saya tidak akan mendengar ceramah agamnya lagi kerana dia sebenarnya lebai ketayap sahaja.

223.Lebai pulut : erti : Lebai yag selalu menerima jemputan kenduri tetapi tidak mahu mengerjakan ibadat.
Ayat contoh : Setiap kali dijemput untuk kenduri, lebai pulut itu tentu hadir tetapi jarang pula kelihatan di majlis-majlis keagamaan.

224.Lepas tangan : erti : tidak mahu masuk campur dalam sesuatu hal.
Ayat contoh : Oleh kerana tidak mahu bergaduh dengan abangnya dia sanggup lepas tangan dalam urusan pembahagian harta pusaka datuknya.

225.Lidah biawak :erti: Percakapan yang berubah-ubah
Ayat contoh : Pak Halim yang selalu mengubah-ubah kata-katanya dikenali sebagai orang yang berlidah biawak.

226.Lintah darat ; erti:Orang yang gemar mengambil keuntungan yang berlebihan.
Ayat contoh : Jangan meminjam wang daripada si lintah darat itu kerana dia tentu akan mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi.

227. Luar pagar : erti : Orang yang tidak ada kaitan dalam sesuatu perkara
Ayat contoh : Jangan melibatkan Razi dalam soal rumahtangga kita kerana dia memang pihak di luar pagar.

228. Luka hati : erti : Sakit hati
Ayat contoh :Luka hati Ana apabila mendengar kata-kata pakciknya itu.

229.Mabuk cendawan : erti: Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran
Ayat contoh : Dia sedang mabuk cendawan sebab itulah dia asyik mengelamun.

230. Mabuk darah : Fikiran tidak menentu apabila melihat darah
Ayat contoh : Orang yang mabuk darah tidak boleh menjadi doktor.
231.Mabuk laut : erti : Pening atau muntah-muntah dalam pelayaran
Ayat contoh : Dia tidak mahu naik kapal lagi kerana dia tahu dirinya mabuk laut.

232.Mabuk tahi telinga- Menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang.
Ayat contoh : Dia menjadi mabuk tahi telinga setelah mendengar bermacam-macam cerita tentang punca pergaduhan tersebut.

223. Mabuk udara : erti : Pening dan muntah-muntah kerana naik kapal terbang.
Ayat contoh : Karung plastik kecil disediakan di dalam kapal terbang untuk mereka yang mabuk udara.

224.Mahkota hati : erti : kekasih hati
Ayat contoh : Najib adalah mahkota hati saya.

225.Makan angin : erti :bersiar-siar /melancong
Ayat contoh : Pada minggu lepas mereka makan angin di Tanah Tinggi Cameron.

226.Makan angkat : erti ; Orang yang suka dipuji
Ayat contoh : Dia sangat suka apabila orang memuji kepandaiannya kerana dia memang makan angkat.

227. Makan besar : Jamuan makan minum
Ayat contoh : Jika menang perlawanan ini, bolehlah kita makan besar nanti.

228.Makan dalam : Orang yang pendiam dan banyak berfikir
Ayat contoh : Berhati-hati apabila bercakap dengan Zahir mengenai hasil lukisannya kerana dia makan dalam orangnya.

229.Makan darah ; erti: mengambil keuntungan dengan berlebihan
Ayat contoh : Pekedai itu betul-betul makan darah kerana barang-barang di kedainya lebih mahal daripada kedai lain.

230.Makan duit: erti : Mernerima wang suap
Ayat contoh : Pegawai itu disyaki makan duit beribu-ribu ringgit untuk meluluskan projek tersebut.

231.Makan gaji :erti : Bekerja dengan orang untuk mendapatkan upah
Ayat contoh : Kadir lebih suka menjalankan perniagaannya sendiri daripada makan gaji.

232. Makan garam : erti : Seseorang yang sudah berumur dan banyak pengalaman
Ayat contoh : Pekerja baru itu selalu meminta tunjuk ajar daripada Encik Taib yang sudah banyak makan garam dalam bidang tersebut.

233. Makan hati : erti :Amat dukacita kerana perbuatan orang yang dikasihi.
Ayat contoh : Dia telah lama makan hati dengan perangai suaminya yang lebih pentingkan pekerjaan daripada kebahagiaan keluarga mereka.

234.Makan kawan : erti : Menyusahkan kawan sendiri.
Ayat contoh : Elakkan daripada berkawan dengan mereka yang suka makan kawan sendiri.

235. Makan pencen : erti: Hidup dengan mendapat wang pencen
Ayat contoh :Pak Amir makan pencen setelah bersara lapan tahun yang lalu.

236.Makan suap : Menerima rasuah
Ayat contoh : Sikap makan suap di kalangan pegawai-pegawai kerajaan mestilah dihapuskan dalam usaha membentuk kerajaan yang bersih dan amanah.

237.Makan tanggung : erti: hidup dibawah jagaan seseorang.
Ayat contoh : Setelah berhenti kerja Ahmad makan tanggung sahaja.Makan dan minumnya diuruskan oleh ibu bapanya.

238.Makan tidur : erti : Hidup tanpa membuat apa-apa pekerjaan
Ayat contoh : Bagaimanakah awak hendak maju jika setiap hari hanya makan tidur sahaja?

239.Makan tuan : erti : Menganiaya atau mencelakakan tuannya sendiri.
Ayat contoh : Jika ada yang didapati makan tuan, pecatkan mereka.

240.Malam buta : erti : waktu malam
Ayat contoh : Walaupun sudah malam buta, mereka masih belum pulang.

241.Malu-malu kucing : erti : Pura-pura malu
Ayat contoh : Zafri malu-malu kucing bila berjumpa dengan tunangnya buat kali pertama.

242.Mandi darah : erti : Berlumuran darah
Ayat contoh : Orang tua itu mandi darah ditetak oleh orang gila.

243.Mandi kerbau : erti : Mandi dengan tidak membersihkan badan.
Ayat contoh : Jangan mandi kerbau. Gunakan sabun supaya badan bersih.

244. Mandi peluh : erti : Membuat sesuatu pekerjaan dengan teruk sehingga badan berpeluh- peluh.
Ayat contoh : Dia bermandi peluh untuk menyiapkan reban ayam itu.

245.Manis buah : erti : Rasa makanan yang manis sedikit sahaja.
Ayat contoh : Buat minuman itu biarlah manis buah sahaja.

246.Manis muka : erti :Muka yang sellau tersenyum
Ayat contoh : Manis mukanya apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.

247.Masuk akal : erti : Munasabah, boleh diterima
Ayat contoh : Ceritanya tidak masuk akal langsung.

248. Masuk campur : erti : Mengambil tahu hal orang lain
Ayat contoh ; Dia tidak mahu masuk campur dalam maslah keluarga jirannya.

249.Masuk daun : erti ; Mendapat peluang yang baik
Ayat contoh :Dia cuba hendak masuk daun setelah melihat projek kawannya itu mendapat sambutan.

250.Masuk jawi ; erti : bersunat
Ayat contoh : Baru semalam dia masuk jawi di rumah datuknya.

251.Mata duitan : Orang yang tamakkan wang atau mengutamakan wang.
Ayat contoh : Orang yang mata duitan itu sanggup membelakangkan kebahagiaan keluarganya demi wang.

252.Mata kayu : erti : tidak tahu menulis dan membaca.
Ayat contoh : Murid-murid yang mata kayu diwajibkan menghadiri kelas tambahan.

253.Mata keranjang : erti : Lelaki yang suka melihat perempuan.
Ayat contoh : Lelaki yang mata keranjang pantang melihat perempuan yang cantik.

254.Mati beragan : erti : Mati bukan kerana penyakit (mungkin kerana rindu/sedih )
Ayat contoh : Si Razlan mati beragan setelah ditinggalkan kekasihnya.

255.Mati katak : erti : Kematian yang tiada siapa pedulikan
Ayat contoh : Mati seorang patriot diratapi, mati seorang penangih dadah mati katak sahaja

256.Mengadu untung : erti : Mencari nafkah / mencuba nasib
Ayat contoh : Dia mengadu untung di Kuala Lumpur kerana tidak mendapat pekerjaan di kampungnya.

257.Menjolok mata : Perbuatan yang keterlaluan /tidak sedap dipandang
Ayat contoh : Disebabkan oleh perbezaan kebudayaan, yang menjolok mata bagi orang timur mungkin hanya perkara biasa bagi orang barat.

258.Muka bantal/Muka tebal/Muka tembok : erti : Tidak tahu malu
Ayat contoh : Orang yang muka bantal sahaja yang berani selalu meminjam wang daripada orang lain.

259.Mulut murai : Orang yang tidak berhenti bercakap
Ayat contoh : Amin tidak digemari oleh rakan-rakanya kerana sikapnya seperti mulut murai.

260.Mulut tempayan : erti : Orang yang tidak boleh mnyimpan rahsia.
Ayat contoh : Jangan beritahu rahsia itu kepada Aina kerana dia memang mulut tempayan.

261.Musuh dalam selimut : erti : Musuh dalam kumpulan sendiri
Ayat contoh : Rancangan itu diketahui oleh pihak lawan kerana ada musuh dalam selimut di dalam kumpulan ini.

262.Nafsu makan : erti : Selera makan
Ayat contoh : Nafsu makan Sharifah bertambah bila hatinya senang.

263.Naik angin : erti : Marah
Ayat contoh : Bintang filem itu tiba-tiba naik angin kerana tidak ada seorang pun yang menyambut kedatangannya.

264.Naik daun : Mendapat keuntungan
Ayat contoh : setelah lama bekerja, baru sekarang Perniagaan Raju naik daun.

265.Naik gila : erti : Terlalu asyikkan sesuatu.
Ayat contoh : Naik gila Pak Habib menunggu cucunya yang tidak sampai-sampai.

266.Naik kepala : Kelakuan yang melampaui batas.
Ayat contoh : Jangan terlalu emmberi muka kepada anak-anak nanti mereka naik kepala pula.

267.Naik takut : erti ; Timbul perasaan takut
Ayat contoh : Dia naik takut apabila berhadapan dengan bapanya yang bengis itu.

268.Naik tangan : erti :Mudah memukul orang
Ayat contoh : Dia cepat naik tangan apabila dia meradang.

269.Nyawa-nyawa ikan : erti : Hampir-hampir mati
Ayat contoh : Anjing tua yang sedang sakit tenat itu tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

270.Orang atas : erti ; Orang yang berpangkat tinggi
Ayat contoh : Sejak dia menjadi pengurus, dia berkawan dengan orang atas sahaja.

271.Orang dalam: erti : Orang yang bekerja dalam satu-satu jabatan
Ayat contoh : Jika ada orang dalam,senanglah kita berurusan dengan pejabat itu.

272.Orang harapan : erti : Orang yang dipercayai
Ayat contoh : En.Jamil yang mengendalikan semua urusan pejabat menjadi orang harapan pengurus besar syarikat itu.
273.Orang rumah : erti : Isteri
Ayat contoh : Encik Idris terpaksa membuat kerja rumah seperti membasuh dan menyapu kerana orang rumahnya pulang ke kampung.

274.Orang tengah : erti : Orang yang menjadi perantaraan
Ayat contoh : Carilah orang tengah yang boleh dipercayai supaya kita tidak ditipu.

275.Otak udang : erti : bodoh
Ayat contoh : Susah betul hendak mengajar Saiful kerana dia otak udang.

276.Panas baran : erti : Orang yang muidah marah
Ayat contoh : Jangan usik Amirah. Dia panas baran orangnya.

277.Panas hati : erti : Sangat marah
Ayat contoh : Dia sungguh panas hati apabila mendapati motosikalnya telah dicuri.

278.Panjang akal : erti : Tidak sempit fikiran
Ayat contoh : Orang yang panjang akal banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu.

279.Panjang tangan : erti : Suka mencuri
Ayat contoh : Pekerja yang panjang tangan itu telah diserahkan kepada pihak polis.

280.Panjang umur : erti : Hidup lama
Ayat contoh : Jika panjang umur dapatlah kita meihat kejayaan anak cucu kita.

281.Pasang badan : erti : Menghias diri dengan pakaian yang cantik
Ayat contoh : Sofia sedang pasang badan kerana dia hendak ke bandar.

282.Pasang telinga : erti : Mendengar dengan hati-hati/teliti
Ayat contoh : Semua yang hadir pasang telinga mendengar ceramah kesihatan itu.

283.Pasar gelap : erti : tempat jual beli barang- barang tanpa kebenaran undang-undang
Ayat contoh : Pada masa peperangan barang-barang keperluan dijual dengan harga yang tinggi di pasar gelap.

284.Patah hati : erti : Kecewa
Ayat contoh : Jangan mudah patah hati dalam perniagaan jika hendak Berjaya

285.Patah kaki : erti : Kehilangan penolong yang diharapkan
Ayat contoh : Setelah Encik Karim, guru penolong kanan bertukar ke sekolah lain, guru besar seperti patah kaki.

286.Pecah tembelang : erti : Terbuka rahsia
Ayat contoh : Pecah tembelang Deraman apabila cikgu mendapati bahawa dia telah meniru karangan orang lain .

287.Pekak badak : erti : pekak tuli/ pura-pura tidak emndengar
Ayat contoh : Kamu menjerit pun tidak berguna kerana dia itu pekak badak.

288.Pembasuh mulut : erti : minuman/buah-buahan/ kuih yang dihidangkan selepas makan nasi.
Ayat contoh :Selepas makan nasi, Mak esah menghidangkan tembikai sebagai pembasuh mulut.
289.Pening lalat : erti : Rasa pening sedikit
Ayat contoh : Setelah minum air itu, dia berasa pening lalat.

290.Penyapu baru : erti : Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan dengan teratur kerana baru memegang jawatan tersebut.
Ayat contoh : Semenjak syarikat tersebut mendapat penyapu baru, kebanyakan urusan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

291.Perang dingin : erti : bergaduh dengan tidak bercakap/tidak menggunakan senjata
Ayat contoh : Peperangan meletus antara dua Negara itu setelah sekian lama berperang dingin.

292.Perang mulut : erti : Bertengkar dengan kata-kata kesat
Ayat contoh : Perselisihan faham tentang syarat-syarat kontrak punca perang mulut di antara Raju dan Azman.

293. Pilih kasih : erti : Berat sebelah
Ayat contoh : Guru tidak seharusnya bersikap pilih kasih kerana setiap pelajar mesti diberi perhatian yang saksama.

294.Pisau cukur : erti : Perempuan yang suka menghabiskan wang lelaki
Ayat contoh : Carilah teman wanita yang tidak bersikap pisau cukur.

295.Pulang modal : Tiada untung dan tiada rugi
Ayat contoh : Jika hari hujan, perniagaan Sani hanya pulang modal sahaja.

296.Puteri lilin : erti : Wanita yang tidak tahan berjemur panas
Ayat contoh : Kamilia yang tidak tahan panas dan selalu berpayung digelar puteri lilin oleh kawan-kawanya.

297.Putih hati : erti : ikhlas dan jujur
Ayat contoh : Dengan putih hati dia mengaku kesalahannya dan meminta maaf daripada kawanya.

298.Putih mata : erti : Harapan seseorang dihampakan oleh orang lain.
Ayat contoh :Putih mata Julia apabila rancangannya untuk berniaga dihalang bapanya.

299.Putih tulang : erti : Sanggup berjuang sampai mati demi mempertahankan negara atau sesuatu yang sangat dicintai.
Ayat contoh : Dia sanggup berjuang sampai putih tulang daripada membiarkan negaranya dijajah.

300.Putus kawan : erti : Tidak mahu berkawan lagi
Ayat contoh : Atikah putus kawan dengan Wani setelah mengetahui bahawa Wani selalu mengumpat di belakangnya.

301.Rabun ayam : erti : Kabur penglihatan pada waktu senja atau malam.
Ayat contoh : Orang tua itu jarang keluar pada waktu malam kerana dia rabun ayam.

302.Raja sehari : erti : Pengantin baru
Ayat contoh : Halim dan Azlin akan menjadi raja sehari tidak lama lagi.

303.Rambang mata : erti : Tidak tahu yang mana hendak dipilih kerana semuanya kelihatan baik atau hamper serupa sahaja.
Ayat contoh : Pada mulanya Awie hendak makan kek tetapi melihat hidangan yang banyak itu, dia menjadi rambang mata.

304.Rempah ratus : erti :Bermacam-macam/ beraneka.
Ayat contoh :Sikap suka berpelesiran adalah di antara rempah ratus ragam hidup anak muda sekarang.

305.Ringan kepala : erti : Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ayat contoh : Senang hati Cikgu Kamil mengajar murid-murid yang ringan kepala.

306.Ringan mulut : erti : Peramah/suka bercakap
Ayat contoh : Orang yang ringan mulut sangat senang diajak berbual-bual.

307.Ringan tangan : erti : Suka menolong
Ayat contoh : Ahmad memang ringan tangan orangya.Dia menolong sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.

308.Ringan tulang : erti : Rajin bekerja
Ayat contoh : Leela yang ringan tulang selalu membantu emaknya membuat kerja rumah.

309.Rosak nama : erti : mendapat nama yang buruk
Ayat contoh : Rosak nama ketua kampung kerana fitnah yang disebarkan oleh anak buahnya.

310.Sakit berat : erti : Menghidap penyakit yang merbahaya atau tenat.
Ayat contoh : Eloklah awak pergi melawatnya kerana dia kini sakit berat.

311.Sakit hati : erti : Berasa tersinggung/
marah/menaruh perasan dendam kerana dihina
Ayat contoh : Sakit hati Nani apabila mendengar orang memperkecil-kecilkan usahanya.

312.Sakit mata : erti : Tidak suka melihat kejadian yang tidak digemari.
Ayat contoh : Sakit mata Reza melihat telatah anak lelaki jirannya.

313.Salah langkah : erti : Bernasib malang terutamanya semasa dalam perjalanan.
Ayat contoh : Hamdi betul-betul salah langkah pagi tadi.Dalam perjalanan ke pejabat, keretanya kehabisan minyak.

314.Salah orang : erti : Bukan orang itu yang kita hajati.
Ayat contoh : Jangan pilih salah orang sewaktu pilihanraya nanti.

315.Salah pandang : erti : Menyangkakan orang yang dipandang sebagai orang yang dikenali (sebenarnya tidak)
Ayat contoh : Ternyata Ani salah pandang kerana pada masa itu saya berada di rumah.

316.Sejuk hati : erti : Lega atu tenang
Ayat contoh : Setelah puas dipujuk ibunya, barulah sejuk hati Anisah.

317.Serkap jarang : erti : Menuduh tanpa usul periksa
Ayat contoh : Kita tidak boleh bertindak secara serkap jarang sahaja. Selidik dahulu siapa yang melakukannya.

318.Setengah masak : erti : Tidak mempunyai pengetahuan yang cukup
Ayat contoh : Dia baru setengah masak tentang selok belok kewartawanan tetapi sudah mahu berlagak seperti A.Samad Ismail.
319.Tahi judi : erti : Orang yang kuat berjudi
Ayat contoh : Si tahi judi itu hutangnya keliling pinggang.

320.Tajam akal : erti : cerdik
Ayat contoh : Budak yang tajam akal itu cepat menangkap apa yang diajar oleh cikgu.

321.Tajam lidah : erti : Kata-kata ucapan yang menyakitkan hati
Ayat contoh : Kerana terlalu tajam lidahya, ramai yang mendengar ucapannya itu tersinggung.

322.Talak tiga : erti : Perceraian yang tidak boleh dirujuk lagi
Ayat contoh : Halim telah menceraikan isterinya dengan talak tiga.

323.Tali barut : erti : Penyampai rahsia
Ayat contoh : Mereka yang menjadi tali barut pihak musuh akan dihukum.

324.Tanda mata : erti : Cenderamata/ sesuatu pemberian sebagai kenangan
Ayat contoh : Sebagai tanda mata, dia menghadiahi cikgunya sebatang pen.

325.Tangan terbuka : erti : Suka menolong atau murah hati.
Ayat contoh : Dengan tangan terbuka, dia member bantuan kewangan kepada anak-anak yatim itu.

326.Tangkai jering : erti : Orang yang kedekut
Ayat contoh : Si tangkai jering yang kaya itu hanya menderma seringgit sahaja kepada tabung bantuan kanak-kanak istimewa.

327.Tangkap muat : erti : Ambil mana yang dapat sahaja.
Ayat contoh : Dalam pemilihan pemain-pemain itu, dia hanya tangkap muat sahaja kerana ramai yang telah menarik diri daripada pasukan tersebut.

328.Telinga lintah : erti : Pendengaran yang tajam
Ayat contoh : Jika bercakap tentang keburukanya, eloklah berhati-hati kerana dia itu telinga lintah.

329.Terang hati : erti : Mudah memahami sesuatu
Ayat contoh : Jika terang hati, kita tidak perlu belajar hingga larut malam.

330.Terbit keringat : erti : Keluar peluh kerana malu dan takut
Ayat contoh : Terbit keringat Jali apabila cikgu menyuruhnya medeklamasikan sajak dihadapan orang ramai.

331.Tiang kampung : Orang yang tertua di dalam sesebuah kampung.
Ayat contoh : Sebagai tiang kampung, eloklah Pak Haji Ramli diberi peluang mengetuai majlis tahlil itu.

332. Tidur-tidur ayam : erti : Tidur tidak lena
Ayat contoh : Oleh kerana bimbang tentang keputusan peperiksaanya, Zaimah hanya tidur-tidur ayam sepanjang malam.

333.Tua kelapa : erti : semakin tua semakin berguna
Ayat contoh : Jadilah seperti tua kelapa supaya tidak membebankan orang lain.

334.Tua-tua keladi : erti :Orang tua yang miang.
Ayat contoh : Kalau sudah beranak pinak, janganlah jadi tua-tua keladi.

335.Tulang belakang : erti : Orang yang sangat diharapkan/ punca kekuatan
Ayat contoh : Kapten itu menjadi tulang belakang pasuka bola sepaknya.

336.Tulang itik : erti : Tidak kuat / lemah
Ayat contoh : Dia tidak berdaya membuat kerja-kerja yang berat kerana dia memamang tulang itik.

337.Tutup mata : erti : Sengaja tidak menghiraukan perkara yang dilihat.
Ayat contoh : Kita tidak boleh tutup mata sahaja apabila melihat penagih dadah berkeliaran di kampung sendiri.

338.Tutup mulut : erti : Tidak mahu memberitahu.
Ayat contoh : Rohana tutup mulut sahaja apabila ditanya tentang pergaduhan di antara Milah dan Rosnah.

339.Upah seraya : erti : Memberi upah sekadar sagu hati kerana bantuan ikhlas yang diberi.
Ayat contoh : Tolonglah buat reban ayam saya, jika siap nanti bolehlah saya beri upah seraya.

340.Urut dada : erti :Mengusap dada (kerana berasa kecewa/susah )
Ayat contoh : Dia urut dada melihat perangai anaknya yang biadap itu.

341.Zaman atom : erti : Zaman kemajuan sains dan teknologi
Ayat contoh : Dalam zaman atom ini manusia sudah Berjaya sampai ke bulan.

342.Zaman bahari : erti : Zaman purbakala
Ayat contoh : Pada zaman bahari manusia mendapat makanan dengan memburu.


RE: Aktiviti MBMMBI 2012 - Citra Bahasa - Webmaster - 18-01-2012 06:49 PM

Untuk rujukan pelajar yang tidak sempat menyalin atau tidak hadir pada hari tersebut.